Mesej kpd perdana menteri Assalamualaikum. Kami selaku rakyat Malaysia memohon agar pihak kerajaan Malaysia menyumbangkan sedikit masa untuk membaca dan meneliti memo di bawah

1. Tetapkan pemakaian artis agar tidak terlalu menonjol
2. Membuka lebih banyk peluang pekerjaan untuk belia
3. Mohon dikaji semula umur bersara untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda lepasan IPT
4. Mohon turunkan kadar cukai
5. Mohon hapuskan caj yg x munasabah
6. Mohon dikaji smula pendidikan negara yg terlalu berorientasikan peperiksaan
7. Mohon Perdana Menteri melepaskan jawatan demi masa depan negara
8. Mohon diberikan biasasiswa kepada pelajar yang cemerlang tanpa mengira latar belakang
9. Mohon kembalikan hak rakyat
10. Mohon menangkap pemimpin rasuah dengan segera
11. Mohon debat antara pemimpin berlainan parti 2 bulan sekali untuk menunjukkan kematangan pemimpin
12. Mohon hentikan penggunaan porno dan fitnah yg melampaui logik akal ketika berkempen atau ketika ingin menjatuhkan parti lawan kerana ia boleh memalukan diri sendiri
13. Mohon salah satu negeri di Malaysia dibenarkan untuk melaksanakan hukum hudud agar dapat dijadikan contoh kepada negeri2 lain
14. Mohon siasat setiap kekayaan melampau setiap menteri
15. Mohon kerajaan masuk campur dalam isu harga rumah yang melambung tinggi sebelum terlambat dan jadi macam spain, portugal dan greece
16. Mohon undi yang bersih
17. Mohon Bil Pembentungan Indah water dihapuskan
18. Mohon pendidikan percuma untuk rakyat
19. Mohon hukum Islam dilaksanakan secara keseluruhan dan tidak liberal
20. Mohon dihukum mana2 kaum yang rasict
21. Mohon royalti diserahkan kepada rakyat Kelantan dan Terenganu,bukan Wang Ihsan
22. Mohon media yang adil
23. Mohon jadikan Malaysia negara yang betul2 mengamalkan demokrasi,bukan demokrasi yg hanya pada nama
24. Mohon pemimpin bertaubat
25. Mohon pemimpin yang bersalah mengaku akan kesalahannya
26. Mohon isteri para pemimpin memakai tudung supaya dapat menjadi contoh kepada rakyat
27. Mohon pemimpin mengamalkan cara hidup islam
28. Mohon bangunan usang di setiap bandar dicat semula untuk mewujudkan suasana ceria
29. Mohon harga barang keperluan diturunkan kerana ia begitu membebankan pengguna
30. Mohon segala skim 1Malaysia dihapuskan. Kami mahu bantuan sebenar,bukan gula2

Harapan kami agar pihak kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan isi kandungan memo ini kerana memo ini dibuat untuk kebaikan dan kepentingan negara Malaysia